::True Love::

Something about me and my family...

Friday, March 31, 2006

::feeling of being a first time mom::

Just want to share my feeling of being a first time mother...

Sekarang ni, dah masuk 5 bulan aku jadi seorang ibu. Apa yang menariknya tentang menjadi seorang ibu? Aku rasa, hidup lebih bermakna. Yang paling seronok, dapat lihat anak membesar di depan mata dengan sihat. Melihat perubahan dirinya dari sehari ke sehari, menjadi satu 'thrill' bagi diri aku. Ternanti-nanti apakah perubahan perangainya, kebolehannya, sifat fizikalnya...semua tu amat mengujakan. Dan yang paling penting, mcm mana cara nak mengatasi masalah yg timbul.

Menjadi ibu buat pertama kali memang menggembirakan. Perlu tahu berbagai2 perkara, maklum la, takde pengalaman lagi. Macam mana nak beri anak minum susu, macam mana nak pakaikan pampers, macam mana nak mandikan dia, mcm mana nak tidurkan dia. Semua tu pengalaman amat berharga.

Kalau boleh, semua yang terbaik nak diberikan kepada anak. Memang semua orang macam tu kan? Aku harap, dapat membentuk anakku menjadi seorang yang berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.

Kata orang: "Biar anak sikit, tapi berkualiti, biar harta sikit, tapi diredhai..."

1 Comments:

At 31/3/06 5:49 PM , Anonymous wickedwitch said...

hi.. jumpa ur link ni kat jurnal.biz.. humm best yeh jadi mum.. ^-^

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home