::True Love::

Something about me and my family...

Monday, April 03, 2006

::back to hometown::

weekend lepas balik kampung di muar, johor. dah lama tak balik kg sejak raya cina lepas. semuanya sama seperti biasa. mak dan abah sihat.

Dah hampir sebulan mereka mula berniaga di simpang jalan masuk ke kampung dengan dibantu oleh seorang sedara. berniaga menjual makanan dari pagi sampai petang. pada sebelah pagi, jual sarapan seperti nasi lemak, nasi goreng, mee goreng dan bihun. tengah hari, jual makanan yang diorder macam nasi goreng, mee goreng, mee hailam dll...sebelah petang, jual pisang goreng, keledek goreng. di samping itu, ade jual air.

so far, so good. dapat la rm30 sehari. kalau sebulan, dalam ratus2 jugak la...boleh balik modal...cuma, penat sebab kena bangun awal pagi nak sediakan makanan utk dijual. memang kagum dengan usaha diorang.

itulah kata orang,"rezeki ada dimana2, cuma antara rajin ngan tak rajin berusaha je..."

hmm, balik kg kali ni, adam irfan dah umur 5 bulan. so, takde la nangis cam dulu2 lg. kalo dulu, jalan jauh je (esp balik kg), mesti nangis. penat agaknya...sekarang dah besar, dh pandai sikit...seronok dia dpt main ngan sepupunya yg berusia setahun lebih. adam irfan dapat kasut baru...hehehe...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home