::internet : is it important?::
boleh dikatakan semua orang pernah mendengar tentang perkataan internet. kewujudan internet memberi banyak manfaat dan pengaruh positif kepada kehidupan manusia. internet diakui sebagai tempat untuk mendapat maklumat dengan pantas, memudahkan urusan pemindahan wang, pembayaran bil, malah dapat menjana wang sebagai pendapatan tetap mahupun sampingan.
namun, internet juga turut membawa keburukan dan pengaruh negatif terhadap kehidupan manusia. sebagai insan berakal, kita sepatutnya tahu membezakan perkara yang baik dan buruk. tidak dinafikan, ada sesetengah pihak yang begitu anti dengan kewujudan internet berikutan berlakunya hal2 yang negatif seperti bertambahnya masalah sosial akibat melihat laman web ponografi, kes2 penipuan seperti skim cepat kaya, dan tidak kurang juga masalah virus.
namun, penggunaan internet tidak dapat dielakkan untuk memastikan negara kita tidak ketinggalan daripada negara2 maju yang lain. cuma, mungkin penekanan yang lebih perlu diberi untuk menyedarkan semua pihak akan kepentingan dan manfaatnya. internet bukan sekadar tempat untuk mendapat hiburan semata2. apa yang lebih penting, internet boleh dijadikan tempat untuk mencari pendapatan.
menggalakkan e-dagang memang menjadi salah satu agenda utama kerajaan. tetapi, perlu diketahui bahawa e-dagang bukan hanya untuk golongan peniaga sahaja. sesiapa sahaja boleh menjalankan bisnes di internet termasuklah pelajar sekolah dan surirumah. cuma, ilmu yang perlu dicari.
sebagai pelajar berlatarbelakangkan IT, rasa terkilan bila ada pihak yang meremehkan kewujudan internet. "alaa...internet takde pun takpe...buat tambah masalah je...pastu, yang untungnya pihak ISP..." selalunya, golongan yang dah berusia yang berkata begitu. mungkin golongan ini sukar menerima perubahan gaya hidup.
well, whatever....yang penting, kita tahu gunakan internet untuk menambahkan kualiti hidup.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home