::True Love::

Something about me and my family...

Tuesday, April 25, 2006

::new friends::

berforum memang ada manfaatnya kalau digunakan dengan betul. salah satunya, kita dapat berkongsi pengalaman dan dapat ramai kawan baru. sejak join satu forum ni, ramai kawan baru yang dapat aku kenal. most of them adalah golongan ibu-ibu seperti aku yang baru mempunyai seorang permata hati. dan ada juga antara rakan2 baru ni yang tinggal di kawasan berdekatan dengan rumah aku. tak sangka....

23 April lepas, Adam Irfan dah masuk 6 bulan. Sehubungan dengan itu, aksi-aksi menarik Adam Irfan sepanjang umur 5 bulan telah diletakkan dalam album gambar.

dapat tau seorang sahabat mengandung anak sulung. tahniah diucapkan. kes ni agak berlainan sikit sebab dia ada sejarah perubatan yang aku sendiri kurang faham. apa-apa pun, diharapkan sahabat aku ini tabah menghadapi sebarang dugaan dan cabaran sepanjang tempoh mengandung.

satu perkara lagi, anak Mira yang baru lahir tu namanya Muhammmad Harris Ayman. sedap nama tu. insyaallah, kalau jadi aku balik kampung nanti, salah satu agenda ialah nak pergi melawat si kecil Ayman dan ibunya...

1 Comments:

At 28/4/06 7:11 PM , Blogger mba said...

wah.... Adam Irfan dah 6 bulan ya?. Rasa2nya baru lagi CNMA kawin... tahniah.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home