::True Love::

Something about me and my family...

Friday, March 31, 2006

::feeling of being a first time mom::

Just want to share my feeling of being a first time mother...

Sekarang ni, dah masuk 5 bulan aku jadi seorang ibu. Apa yang menariknya tentang menjadi seorang ibu? Aku rasa, hidup lebih bermakna. Yang paling seronok, dapat lihat anak membesar di depan mata dengan sihat. Melihat perubahan dirinya dari sehari ke sehari, menjadi satu 'thrill' bagi diri aku. Ternanti-nanti apakah perubahan perangainya, kebolehannya, sifat fizikalnya...semua tu amat mengujakan. Dan yang paling penting, mcm mana cara nak mengatasi masalah yg timbul.

Menjadi ibu buat pertama kali memang menggembirakan. Perlu tahu berbagai2 perkara, maklum la, takde pengalaman lagi. Macam mana nak beri anak minum susu, macam mana nak pakaikan pampers, macam mana nak mandikan dia, mcm mana nak tidurkan dia. Semua tu pengalaman amat berharga.

Kalau boleh, semua yang terbaik nak diberikan kepada anak. Memang semua orang macam tu kan? Aku harap, dapat membentuk anakku menjadi seorang yang berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.

Kata orang: "Biar anak sikit, tapi berkualiti, biar harta sikit, tapi diredhai..."

Wednesday, March 29, 2006

::true love - the beginning::

assalamualaikum...

sesaja gatal tangan nak menulis blog setelah sekian lama meninggalkan arena blog di blogspot.com. masih tetap mahu menulis walaupun tiada yang membaca. :-)



blog ini hanya ada coretan biasa. more to personal life story. kisah aku + dia + anakku...
kisah cnma + shuth + adam irfan...three of us...(^_^)
and also what happened in our life.

p/s: dulu "find the true love" sekarang dah jadi "true love" plak. meaning that....?