::True Love::

Something about me and my family...

Tuesday, April 25, 2006

::new friends::

berforum memang ada manfaatnya kalau digunakan dengan betul. salah satunya, kita dapat berkongsi pengalaman dan dapat ramai kawan baru. sejak join satu forum ni, ramai kawan baru yang dapat aku kenal. most of them adalah golongan ibu-ibu seperti aku yang baru mempunyai seorang permata hati. dan ada juga antara rakan2 baru ni yang tinggal di kawasan berdekatan dengan rumah aku. tak sangka....

23 April lepas, Adam Irfan dah masuk 6 bulan. Sehubungan dengan itu, aksi-aksi menarik Adam Irfan sepanjang umur 5 bulan telah diletakkan dalam album gambar.

dapat tau seorang sahabat mengandung anak sulung. tahniah diucapkan. kes ni agak berlainan sikit sebab dia ada sejarah perubatan yang aku sendiri kurang faham. apa-apa pun, diharapkan sahabat aku ini tabah menghadapi sebarang dugaan dan cabaran sepanjang tempoh mengandung.

satu perkara lagi, anak Mira yang baru lahir tu namanya Muhammmad Harris Ayman. sedap nama tu. insyaallah, kalau jadi aku balik kampung nanti, salah satu agenda ialah nak pergi melawat si kecil Ayman dan ibunya...

Monday, April 17, 2006

::all good news...::

Dalam beberapa hari ni, terima banyak berita-berita yang baik...

1. Tahniah buat seorang sahabat yang telah bertunang pada Mac lepas...insyaallah, kalau takde aral, dia akan jadi 'orang muar' secara rasmi pada tahun depan...:-)

2. Baru dapat tau seorang sahabat dah berkahwin pada Mac lepas...tahniah juga diucapkan...bukan tak dijemput/diberitahu, tapi ada masalah ngan e-mel...(^_^)



3. Dapat tau beberapa org sahabat akan berkahwin pada bulan Jun nanti...tunggu je la diorang buat jemputan secara rasmi...dah lama tak makan nasi minyak nii...hehehe...

Last but not least, alhamdulillah, kehidupan aku bersama keluarga baik-baik sahaja...

Monday, April 10, 2006

::congratulation, Mira::

semalam,dapat satu mesej dr seorang sahabat yg menyatakan dia selamat melahirkan seorang bayi lelaki jam 8.35 pagi...bayi tersebut belum diberikan nama kerana lahir awal dr tarikh jangkaan...berat bayi tersebut, 3.2kg...alhamdulillah, kedua-duanya sihat...

tahniah, Mira...

teringat plak masa aku melahirkan adam irfan dulu...tu la, first time aku bermalam di hospital...kena pulak waktu bulan puasa...shuth yg temankan aku sepanjang masa, terpaksa la nengok aku makan...hehehe...

masa awal2 tu, tak berani nak pegang baby sendiri...takut terlepas...dan takut baby tercedera...tapi, alah bisa tegal biasa...lama2, dah expert...

but, masih byk lg yg perlu dipelajari...makin besar, makin byk karenah anak...

Tuesday, April 04, 2006

::internet : is it important?::

boleh dikatakan semua orang pernah mendengar tentang perkataan internet. kewujudan internet memberi banyak manfaat dan pengaruh positif kepada kehidupan manusia. internet diakui sebagai tempat untuk mendapat maklumat dengan pantas, memudahkan urusan pemindahan wang, pembayaran bil, malah dapat menjana wang sebagai pendapatan tetap mahupun sampingan.



namun, internet juga turut membawa keburukan dan pengaruh negatif terhadap kehidupan manusia. sebagai insan berakal, kita sepatutnya tahu membezakan perkara yang baik dan buruk. tidak dinafikan, ada sesetengah pihak yang begitu anti dengan kewujudan internet berikutan berlakunya hal2 yang negatif seperti bertambahnya masalah sosial akibat melihat laman web ponografi, kes2 penipuan seperti skim cepat kaya, dan tidak kurang juga masalah virus.

namun, penggunaan internet tidak dapat dielakkan untuk memastikan negara kita tidak ketinggalan daripada negara2 maju yang lain. cuma, mungkin penekanan yang lebih perlu diberi untuk menyedarkan semua pihak akan kepentingan dan manfaatnya. internet bukan sekadar tempat untuk mendapat hiburan semata2. apa yang lebih penting, internet boleh dijadikan tempat untuk mencari pendapatan.

menggalakkan e-dagang memang menjadi salah satu agenda utama kerajaan. tetapi, perlu diketahui bahawa e-dagang bukan hanya untuk golongan peniaga sahaja. sesiapa sahaja boleh menjalankan bisnes di internet termasuklah pelajar sekolah dan surirumah. cuma, ilmu yang perlu dicari.

sebagai pelajar berlatarbelakangkan IT, rasa terkilan bila ada pihak yang meremehkan kewujudan internet. "alaa...internet takde pun takpe...buat tambah masalah je...pastu, yang untungnya pihak ISP..." selalunya, golongan yang dah berusia yang berkata begitu. mungkin golongan ini sukar menerima perubahan gaya hidup.

well, whatever....yang penting, kita tahu gunakan internet untuk menambahkan kualiti hidup.

Monday, April 03, 2006

::back to hometown::

weekend lepas balik kampung di muar, johor. dah lama tak balik kg sejak raya cina lepas. semuanya sama seperti biasa. mak dan abah sihat.

Dah hampir sebulan mereka mula berniaga di simpang jalan masuk ke kampung dengan dibantu oleh seorang sedara. berniaga menjual makanan dari pagi sampai petang. pada sebelah pagi, jual sarapan seperti nasi lemak, nasi goreng, mee goreng dan bihun. tengah hari, jual makanan yang diorder macam nasi goreng, mee goreng, mee hailam dll...sebelah petang, jual pisang goreng, keledek goreng. di samping itu, ade jual air.

so far, so good. dapat la rm30 sehari. kalau sebulan, dalam ratus2 jugak la...boleh balik modal...cuma, penat sebab kena bangun awal pagi nak sediakan makanan utk dijual. memang kagum dengan usaha diorang.

itulah kata orang,"rezeki ada dimana2, cuma antara rajin ngan tak rajin berusaha je..."

hmm, balik kg kali ni, adam irfan dah umur 5 bulan. so, takde la nangis cam dulu2 lg. kalo dulu, jalan jauh je (esp balik kg), mesti nangis. penat agaknya...sekarang dah besar, dh pandai sikit...seronok dia dpt main ngan sepupunya yg berusia setahun lebih. adam irfan dapat kasut baru...hehehe...